http://ads.harakahdaily.net/ads/ads_banner/advert_top/banner-habatus-sauda.gif

4.1.10

Penyaman udara LG mampu saring kuman


PETUGAS LG, Lai Pei Wen bergambar bersama dua model penyaman terbaru keluaran LG Electronics di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR - LG Electronics (M) Sdn. Bhd. melancarkan dua model alat penyaman udara yang dilengkapi pelbagai penapis kuman, virus serta mampu membersihkan udara.

Pengurus Produk Penyaman Udara LG, Andrew Tan berkata, model LG Health + Inverter dan LG Health + Fresh tersebut dilengkapi penapis yang didakwa mampu menyaring virus selesema A H1N1, penapis alahan, penapis bau serta penapis antibakteria.

"Model LG Health + Inverter pula mempunyai satu penapis tambahan plasma yang mempunyai jangka hayat seumur hidup," katanya selepas majlis perasmian dua model penyaman udara itu di sini baru-baru ini.

Kedua-dua model yang memiliki satu kuasa kuda itu dijangka akan berada di pasaran menjelang minggu ketiga bulan ini.

Harga bagi model LG Health + Inverter ialah RM1,399 manakala LG Health + Fresh dijual pada harga RM989. Kedua-duanya dilindungi jaminan selama setahun.

3.1.10

PM Jepun ada Twitter, blog


HATOYAMA berjabat dengan Asimo, robot humanoid Honda dalam sesi bergambar di pejabat beliau di Tokyo.


PERDANA Menteri Jepun, Yukio Hatoyama kelmarin melancarkan sebuah blog dirinya dan mula menggunakan laman perkongsian Twitter sebagai azam sempena Tahun Baru 2010 bagi mendekatkan beliau dengan rakyat negara itu.

Hatoyama, 62, yang dilantik sejak 16 September tahun lalu, memuatkan ucapan selamat tahun baru menerusi tulisan pertama Twitter beliau yang disampaikan sendiri dalam bahasa Jepun dengan sasaran satu mesej akan ditulis pada setiap hari.

Menerusi blog bertajuk 'Kafe Hato', Hatoyama berkata, beliau mula melancarkan laman blog itu untuk mendekatkan jurang komunikasi antara rakyat dan ahli politik sekali gus memberi masyarakat peluang untuk menyumbang idea memajukan negara.

Beliau malah menjelaskan, semua gambar yang disiarkan menerusi Twitter dan blog itu termasuk pemandangan eksklusif bumbung pejabat Perdana Menteri dengan latar belakang langit biru bersalji adalah hasil rakaman sendiri. - AFP