KUALA LUMPUR - LG Electronics (M) Sdn. Bhd. melancarkan dua model alat penyaman udara yang dilengkapi pelbagai penapis kuman, virus serta mampu membersihkan udara.
Pengurus Produk Penyaman Udara LG, Andrew Tan berkata, model LG Health + Inverter dan LG Health + Fresh tersebut dilengkapi penapis yang didakwa mampu menyaring virus selesema A H1N1, penapis alahan, penapis bau serta penapis antibakteria.
"Model LG Health + Inverter pula mempunyai satu penapis tambahan plasma yang mempunyai jangka hayat seumur hidup," katanya selepas majlis perasmian dua model penyaman udara itu di sini baru-baru ini.
Kedua-dua model yang memiliki satu kuasa kuda itu dijangka akan berada di pasaran menjelang minggu ketiga bulan ini.
Harga bagi model LG Health + Inverter ialah RM1,399 manakala LG Health + Fresh dijual pada harga RM989. Kedua-duanya dilindungi jaminan selama setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan